Sebut sahaja 'Poket Doraemon' aku akan tersenyum lebar... Kenape..?? Ini kerana aku pasti akan terimbau kembali kenangan sewaktu belajar di kolej setahun yang lepas...  Poket doraemon tu aku usung kemana-mana sahaja tanpa mengenal jemu dan jelingan jelik serta sinis orang... well standardla...orang kan.. ape aku peduli..korang ado..?? hehehe. 
 
  Tapi memang stail aku, buat bodoh je.. Dalam kelas, poket tu sentiasa di sisi aku sampai aku tempah khas kerusi untuk letak dia, nak makan di cafe pun begitu sampai bf aku naik cuak! hahaha.. Tp sekarang dia dah ok dah..penah jgk dia tlong pegang beg tu time kami shopping.. itu mmg tugas dia.. dia ckp nak nmpak 'gentlemen' ckit..hehehe. Aku x kisah n lg suke..comel jer dia peganga.hahah. Aku memang tidak boleh berenggang dengan poket aku tuuu... Kalau berenggang mau nya aku demam berminggu-minggu. hehehe. Orang ingat aku frust atau gaduh dgn bf, tp rupa2nya poket aku tu xde.. hehehehe. Ceehhh...ayat bunga la pulak.. Opsss lupa pula nak bagitau apa kebenda la yang dipanggil poket tu kan? ha...poket doraemon tu sebenarnya HANDBAG aku. hahaha...

   Pada mulanya, aku pun tak faham kenapa orang panggil bag aku tu poket doraemon... Lama jugak fikir akhirnya aku pun buatlah survey..ala-ala bancian penduduk gitu..hehehe. Diorang cakap handbag aku punyalah besar! Dah tu...penuh je barang dalam tu..aku rasa biasa aje barang-barang yang aku bawa..kira keperluan dah tapi diorang cakap aku lebih-lebih had pula. iye ke???  SO, dekat cini aku nak paksa anda semua untuk join banjian aku nie...wajib..!! hehehe. Ini list wajib dalam handbag aku bukan sahaja waktu pergi kelas, tapi time kuar window shopping pun! So,any komen..?? hehehe.

- Tisu
- Bedak tabur
- Lipbalm
- Perfume
- Pensil box. dalam tu bukan setakat ada pen, tapi ada pisau, gunting, stapler, gam, saletip. hehe
- Sebotol air mineral 600ml
- Buku nota kecil
- Biskut cipsmore (hazel nut punyer)
- Sepaket gula-gula
- Pembalut luka
- Hand sanitizer
- Sapu tangan
- Minyak angin
- Panadol kk
- Barang2 peribadi perempuan...tuuuuuuttt
- Purse
- Handphone
- Asam boi
- Roti perisa vanila or jagung.
- Jarum peniti.. (what..?????) hehehehe.

Haaa....itu la isi kandungan poket aku. aku rasa lumrah lah sebagai wanita kan.. Ke ada perempuan yang tidak bawa poket dia time dia keluar? hehehe. Well...aku sentiasa ada sewaktu kecemasan, saat lapar, saat sakit, luka, pening, haus...or boleh guna untuk protect diri sendiri..hehehe.. 


p/s: Pada para lelaki2 @ pria2 di luar sana..ada bran datanglar kacau saya...!!! Nanti saya tempah katil wad I.C.U dkt anda..boleh pilih nak katil satu ker dua tingkat..!! 


AKU GILA VERN'S.....!!!! 





Zaman makin moden, selalu sangat kita dengar 'Segalanya Kini Hanya di Hujung Jari..' Nenek2 dan atuk2 kat kampung pun dah pandai webcam dan 3g dengan anak menantu.. bukan nak tegok anak menantu sangat pun..dia nak tengok cucu dia jer..hehehe. So hidup manusia juga sentiasa berubah-ubah..  



  
   Jujur, Setia, Semua itu bukan lagi menjadi perkara yang mudah untuk dilaksanakan pada zaman sekarang.. Tambah-tambah dalam perhubungan antara kekasih.. Ungkapan 'Kekasih Gelap' seakan menjadi trend sekarang dan ada kalanya, ada yang tidak kisah dengan status kekasih gelap itu..SERIUS..!!  Jom ketahui sikap orang yang menyimpan kekasih gelap.... Sebelum itu, tolong pasang lampu dinding dan syiling anda yer..kalau tak, anda pun dikira dalam kategori 'GELAP'..hehehe.


1. Selalu mengadu sakit
"Emm sayang..abang pening kepala lar.." "Tadi hujan..abg rasa nak demam lar..nanti esok je lar kita mesej yer SAYANG..." Dalam alasan tu confirm ada ayat 'sayang' 'honey' 'baby'.. Fuhhh alasan yang cukup famous sekarang! Bila dah kena ayat2 sayang dan kaum kerabatnya tu mula lar si gadis cair dan pecaya.. So,jangan terpedaya jika tidak melihat bukti yang kukuh... 


2. Sms rahsia..??
Ada ketika semasa keluar dengan kekasih, jari jemarinya asyik menekan-nekan handphone... Tup tap tup tap..dah macam mesin taip zaman dulu2 plak..hehehe. Bila ditanya, dengan kelajuan 80km/j mereka ini akan mula berkata mencipta alasan seperti kenalan lama lar ape lar..lepas tu apabila sms baru masuk ke handphonenya, mukanya berseri-seri bak lagu "Twinkle2 Little Star" dan cepat membalas pesanan trsebut... curiga bukan..??? 


3. Tidak fokus apabila keluar bersama. 
Jangan kata masa kuliah atau exam jer dia x fokus, tapi penyakit tu lebih kerap 'menghinggap' padanya apabila keluar 'date' dengan anda.. Dirinya seakan gelisah...matanya sentiasa liar memandang sekeliling dan ada masanya apabila berbual dengan anda, si dia seakan berada di dunia berbeza... Contoh: 
Si gadis: Sayanggg..kita makan kat KEP EF SI (kfc) nak x..??
Si jejaka: Ok honey...nanti kita pi tengok citer Hantu Kak Limah Balik Rumah tu yer.. 
( si gadis: Bf aku nie nak kena flying Kick percuma jer nie tau...!!!)
Pelik bukan??? 






4. Tiada masa... 
Kalau sebelum ini masa hujung minggu dihabiskan bersama anda..pergi shopping, pergi maen bowling dan sebagainya (mengikut jari telunjuk si kekasih pujaan hatinya shj). Namun sejak dua - tiga menjak nie si dia sering mengadu sibuk dan tiada cuti untuk keluar bersama walaupun sekadar menemani anda makan tengah hari... Ada masanya terpaksa anda buat kunjungan mengejut di pejabatnya atau singgah di rumah sewa nya... Namun awas..!!!  Jangan pergi sendirian pula...anything can happen terutama kepada anda yang memang ayu tahap model iklan Sunsilk..hehehe.




5. Punya lebih dari satu handphone. 
Kalau dulu bila kuar dattig dengan anda, tak sampai dua tiga jam dah berpeluh dan berbau..!! Bila suruh beli diadorant, dia cakap xde duit.. Tapi sekarang, deadorant tetap xde duit nak beli,tapi hp baru bleh beli plak..?? Rasa nak jer kita sembur ubat nyamuk kat badan diaorang kan..?? Xde duit lar sangat nak beli deadorant tu..!! Zaman sekarang, harga handphone yang dulunya agak mahal namun sekarang boleh dimiliki walaupun oleh budak sekolah dengan hanya menyimpan wang sakunya... Kalau dulu, anda mengenalinya dengan orang yang jenis simple tidak mempunyai banyak handphone, mesti anda rasa hairan dengan sikapnya menyimpan lebih dari satu handphone.. Di tambah pula nombor yang dipakai tidak anda ketahui... Macam lar dia tu Farid Kamil @ Awal Ashari nak kena ada nombor private..!! hehehe.
            (adik nie mesti ramai peminat kat taska kan..?? comelnyerr...)

5. Takut untuk bergerak.. 
90% orang yang mempunyai kekasih gelap akan berasa tidak selamat untuk ke sesuatu destinasi... Tambahan pula jika destinasi yang dituju selalu dikunjungi si dia dengan kekasih gelapnya... Jika sebelum ini, anda bebas menentukan hala tuju untuk anda keluar namun sekarang si dia mengenakan syarat tidak boleh ke tempat itu, tempat ini...umm...jika hal ini terjadi, siasatlah segera... Kalau dia xde simpan 'kekasih gelap' , itu sure kes pinjam Ah Long tu.. putuskan je lar dengan lelaki begitu..silap2 belum kahwin dia dah makan duit anda.. anda pun jgn 'cekik' dia sampai ratus2 bila date yer..hehehe. :D


p/s: Dalam perhubungan kena ada JUJUR. HORMAT, KOMUNIKASI YANG BAIK DAN MEMAHAMI KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PASANGAN..


p/p/s: Kadang kala kekasih gelap bf anda boleh jadi 'kawan baik' anda sendiri... Wassalamm... 
Cuti sekolah dah mula...!! Yepppiiii...!!! Hehehe. 


Budak-budak pun mula bestla time2 nie kan..?? Dah tak ada suara yang 'menyanyi-nyanyi' tepi telinga untuk kejut bangun tidur...hahaha. Tv pula, apalagi, mulalar kempen mereka dengan siarkan cerita-cerita best yang tiada tolok bandingnya dengan siaran lain...abang dan kakaknye pun x lepas peluang layan jugak..hehe. Teringat pula kisah 6 tahun lepas, gara-gara tidak mahu beralah dengan adik-adik untuk melihat cerita favouriteku, waktu itu adik2 guling-guling nangis hendak tengok cerita Ali Baba, abah aku terus pergi kedai elektronik beli tv... ha! ambik kau! hahaha. Bertambahla tv dekat rumah nie.. 'Kesimpulannya' bukan budak-budak je tersenyum bila tengok kalender tertera perkataan ''CUTI' tapi penjual tv pun untung! hehehe.



    Ha..sekarang tangan ku telah mula 'gatal2' nak menaip lg.. korang layan je lar yer...hehehe. Bukan hendak cerita kisah penjual tv ke, kisah untung siaran tv ke, kisah adik berebut remote control lg ke. Tapi bila dah cuti sekolah dah mula nie, kita akan mula menerima surat-surat 'cinta' dari sanak saudara jemput makan kenduri..hehehe. Kalau di Kelantan majlis kahwin di panggil 'BEKWOH'..(sekadar berkongsi..). Tapi bila masuk je cuti pasti ada lembu akan ditumbangkan...kan? Sebab apa??? kendurila....hehehe. lembu2 dekat kampung mula berpeluh dan buat2 sakit sebab nak lari dari penyembelih2 kat kampung tu... 



Pasangan-pasangan kekasih rakyat Malaysia pula akan menyibuk di pasaraya2 dan butik2 untuk mengunakan masa ini mengguruskan kenduri-kendara... Yelah....masa inilah rakan sahabat handai bercuti, saudara mara pun balik menjenguk kampung halaman... Mama saya pun sudah dapat kad jemputan hampir sepuluh keping untuk majlis perkahwinan... anda bayangkan sendiri larr..! Baru 5 hari cuti dan yang pastinya akan ada kad-kad yang akan menyusul atau akan ada mesej-mesej yang akan masuk ke poket doraemon abah saya ke, mama saya ke, ataupun saya sendiri dengan ayat jiwang macam nie: 


''sila hadirkan diri anda ke majlis perkahwinan dot..dot..
dot..pada...dot..dot... kehadiran anda sekeluarga amat dialu-alukan pihak kami'' :D


            
( Ini kad kahwin Zed Zaidi..menarik kan..?? Percintaan mereka bermula di 'Buku Muka' (Facebook) maka terhasil lah kad kahwin tema Facebook... )
  
Itu belum lagi ayat yang tangkap leleh dan siap dengan pantun-pantun bagai..tak pun gurindam atau perkataan yang tidak boleh blah seperti beras kunyit ditabur-taburla, mawar merah semerbak harum la..apa pun, rezeki kan..hehehe. Orang cakap rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari... Kepada sesiapa yang memang berlambak dapat kad jemputan tu, tahniahla diucapkan kerana anda adalah orang yang famous lagi diingati... Makan-makan juga, nanti wajib bersenam, jangan tunggu badan cam periuk kukus tu..hehehe. 

Tapi kalau dah terlajak tu jangan risau, nanti saya akan kongsikan tips-tips kuruskan badan KHAS untuk anda.. hehe. Wassalam... 

p/s: Apa2 pun ucapan Selamat Penggantin Baru saya hulurkan pada pembaca yang akan atau dalam perancangan melansungkan hari bahgia anda..  :D
 Sabda Rasulullah s.a.w dalam satu hadis, yang bermaksud:
''tidak akan masuk api neraka siapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t''...


Tangisan lebih popular dengan wanita, tetapi lelaki juga tidak kurang hebatnya bila dah 'feeling'..hehehe. Namun mereka ada kekuatan ego yang tersendiri yang boleh digunakan untuk mengurangkan tangisan (kira x macho lar kalau menangis) hehe. Tangisan adalah salah satu cara untuk kita menggambarkan satu perasaan dalaman yang sukar diungkap... Ada yang menangis kerana sedih,  ada juga yang menangis kerana gembira yang teramat...(kira menangis air mata darah lar nie..) hehehe. Semak check list di bawah untuk melihat sama ada air mata yang keluar itu adalah permata atau akibat tak tahan potong bawang ( kira buang masa jer untuk anda menangis..)

1. Air mata yang mengalir kerana menghadapi penderitaan yang hebat.
2. Air mata yang keluar kerana perasaan kasih sayang dan lembut hati
3. Air mata yang mengalir kerana gembira
4. Air mata yang keluar kerana perasaan takut
5. Air mata untuk mendapat belas ihsan orang
6. Air mata kesedihan yang terlampau
7. Air mata dari orang yang lemah dan terasa hina
8. Air mata yang keluar kerana terikut-ikut dengan tangisan orang lain
9. Air mata mengalir kerana cinta
10. Air mata dari orang yang munafik yang sejak azali diketahui sebagai orang yang penuh dengan pura-pura
Dalam semua senarai tangisan tersebut, anda cuba bandingkan dengan tangisan anda. apakah tangisan anda itu bermakna dan wajar diteruskan? tepuk dada tanya iman...




p/s: cecair yang meleleh keluar selepas anda menggunakan EYE MORE tidak dikira sbg air mata yer..harap maklum..hehehe. sekian.. Wasalam. 







Apabila bercakap soal kain mesti kaum perempuan yang akan excited..kn? hehe. Dan setiap musim-musim perayaan yang terlintas dalam fikiran kita hanya TAWARAN ISTIMEWA..!!! POTONGAN SEHINGGA 60%..!! JUALAN PENGHABISAN STOK..!! (jika anda tersenyum sekarang, andalah yang saya maksudkan..) hehehe. Namun pernahkah anda terfikir entah berapa jenis dah jenis fabrik yang pernah anda gayakan..??  Namun persoalannya, adakah fabrik tersebut sesuai dengan keadaan cuaca kita, dan paling penting, sesuai ke dengan bentuk badan kita...?? Ha..! jangan pandang remeh pada pemilihan fabrik yang ada... Rata-rata kita tidak kisah dengan fabrik yang dipakai asal cantik bila pakai...emmm boleh ke begitu??? Jangan risau..'DON'T WORRY BE HAPPY' (bak kata orang tua2..), di sini ada tips untuk wanita yang mahukan penampilan yang lebih MENARIK, MEMPESONA dan yang MAMPU BUAT PAK MERTUA PUN 2-3 KALI JELING..( just kidding..hehe.) Enjoy.. :

1. BADAN TINGGI DAN KURUS

Syukur kerana pemiliknya memiliki bentuk badan yang 'ngam' dengan apa jua fabrik pun! Walaupun begitu, untuk kelihatan menarik, pemiliknya harus menitikberatkan mengenai corak dan potongan pakaian tersebut.pilihlah corak yang saiz besar atau melintang.. Teknik tersebut akan menyamarkan bentuk badan dan membuat penampilan lebih menarik. Contohnya:
Jika anda ingin mengenakan jubah moden atau abaya, pastikan anda memilih seeloknya dua tona warna yang berbeza. itu menampakkan potongan badan anda yang menarik.

2.BADAN TINGGI TETAPI BESAR@ CHUBBY

Emmm memang impian saya untuk menjadi sedikit montel atau istilahnya comel...hehehe. Namun perlu diingat, apabila kita bertubuh besar, anda tidak semestinya tidak boleh bergaya dan pakaian pula terhad.. Sekarang zaman sudah moden...cuma, kita perlu mencari yang sesuai untuk mengenakannya di tubuh.. Dan paling penting, jangan wujudkan istilah 'syok sendiri'.. Ini penyakit yang tiada ubatnya..hehe.  Dalam pemilihan fabrik pula, fabrik jenis lembut dan berat adalah yang paling sesuai. Ini kerana fabrik tersebut memberi imej langsing kepada si pemakai...Paling penting bagi wanita bertubuh kategori ini, mereka harus memilih pakaian longgar dan sebolehnya jangan memilih pakaian bertona terang atau lembut kerana ini boleh menampakkan bentuk badan anda yang sebenar.


3.BADAN RENDAH DAN BESAR


Bagi pemilik badan jenis ini, mereka perlu elakkan dari memakai pakaian yang bercorak besar kerana corak tersebut akan menenggelamkan penampilan mereka. Pilihlah pakaian yang sederhana rekaannya ataupun lebih ringkas. Tidak perlu sarat dengan renda atau apa-apa sekalipun. Mereka juga harus memilih pakaian yang agak longgar untuk menyembunyikan susuk tubuh yang besar. Padankan dengan sepatu yang bertumit, agar tubuh nampak lebih tinggi dan yakin..!!.


4.BENTUK BADAN SEPERTI PEAR


Bentuk badan tidak seimbang atau popular dengan gelaran 'PEAR',  memerlukan fabrik jenis berat.. Fabrik yang paling sesuai dipilih ialah dari jenis satin.. Apabila anda memilih pakaian dari fabrik yang ringan, fabrik tersebut akan jelas menampakkan 'ketidaksempurnaan' tubuh anda... Anda boleh memilih untuk mengenakan corak yang besar atau kecil tetapi harus disesuaikan dengan pakaian yang lain. Paling pnting..!! Mereka ini harus menekankan aspek warna, corak, fabrik dan potongan sebelum memakai sesuatu pakaian.

p/s: Manusia adalah ciptaanNYA yang paling sempurna namun, tidak salah kita mencari sesuatu yang kita rasa mampu untuk menampakkan kita lebih menarik, dan seterusnya memberi keyakinan kepada diri kita untuk berhadapan dengan orang ramai. Renung-renungkan.. dan selamat membaca... hehehe. wasalam..
Bila bercakap tentang haid, mesti ramai yang terbayang akan keperitan kaum hawa menanggung kesakitan. Ingat best ke dapat haid?? kaum lelaki selalu je ckp perempuan ni makhluk paling best sebab ada haid. bila haid, solat tak payah buat, bila haid bulan Ramadhan, bukan setakat solat tak payah buat, puasa pun tak payah... wahhhh syok tu! Itu lah anggapan lelaki... 

Tapi ada diorang fikir haid ni bukan setakat darah biasa yang ala-ala luka tu..tapi penuh dengan kuman dan amat busuk! Macam-macam ada dalam darah tu... Ada dinding uterus, ada darah beku, bergumpal-gumpal keluar. Ada sesetengah perempuan pula mengalami sakit yang teramat apabila haid. mual, pening, loya, kejang la, sampai ada yang jatuh pitam dek penangan haid! 

Sebenarnya, haid adalah satu kitaran yang berlaku dalam hidup perempuan... Ia menandakan seseorang itu dah akil baligh.... Dalam badan perempuan, akan menghasilkan telur yg dipanggil ovum. jika tidak disenyawakan telur tersebut akan turun sebagai haid. Bila fikir hal haid, teringat la kisah sy sewaktu dapat haid yg pertama dulu. kelakar juga bila di ingat. Saya mula dapat haid pada usia 11 tahun.. Semua terkejut..!! Saya lagi la... Tapi lama-lama, hal tersebut dapat diterima... :D
Namun, kisah kawan saya dapat haid yang pertama masih tidak dapat saya lupa sampai bila-bila... Dia mendapat haid pada usia 9 tahun...muda betul..!!! Yang  lawaknya apabila mendapat haid pertamanya, dia cepat-cepat berlari memberitahu ibunya mengatakan air kencingnya sudah tidak keluar tetapi berganti dengan darah...tergelak saya mendengarnye..hehehe. Nak dijadikan cerita, ibunya jenis cepat panik... Apalagi diperiksanya badan kawan saya untuk melihat kalau-kalau ada luka... Dibelek-belek badan anaknya. bila tiada jawapan pada masalah tersebut, ibunya dengan syahdu terus menelefon neneknya di kampung memberitahu perihal kawan saya itu... Kononya kawan saya sudah terkena buatan orang dan perlu diubat secara tradisional.. Tapi nenekanya yang di kampung mendengarnya, lalu dengan slumber menjawab "budak tu dah period lar..."........hahahahaha. Terus muka ibu kawan saya berubah jadi hijau macam hulk!

Betul juga tu! tak terfikir pula ke situ. Terus terbahak-bahak nenek kawan saya tu ketawa di corong telefon. ibunya tersipu malu. Terus diletak telefon dan memberitahu hal haid tersebut pada kawan saya yang masih tak faham apa makna haid... Lantas ibunya memberikan tuala wanita pada kawan saya untuk dipakai... Namun beberapa minit kemudian, ibu nya bergegas ke bilik anak perempuannya apabila kawan saya menjerit ala-ala alicia keys....memanggil ibunya... Rupa-rupanya, kawan saya tersilap pakai tuala wanita tersebut..hehehe.  

Dengan bahagian bawah tuala wanita yang patutnya dilekatkan pada permukaan seluar dalam, diletakkan di bahagian atas mengenai tubuhnya. apalagi, 'liner' yang ada di bawah tuala wanita tersebut melekat pada tempat yang tidak sepatutnya... hahahahaha. Ibunnya tergelak besar melihat tuala wanita 'stail' terbaru yang dipakai anaknye... Maka, cepat-cepat ditariknya dan setelah itu, diajarnya cara yang memakai memakainya... Apabila ditanya kenapa pakai begitu, kawan saya menjawab,     "mana tahu....ingat macam plaster luka.." hahahahaha...

p/s: So, bagi adik-adik perempuan yang belum dapat haid lagi, belajarlar cara untuk memakai tuala wanita yang betul dan kepada lelaki-lelaki yang dah ada nawaitu nak transformer kan diri untuk jadi perempuan, fikirlah banyak kali... Bukan senang hendak jadi perempuan dan bukan senang menjadi lelaki... Semua diciptaNya ada kelebihan dan keistimewaanya.. Renung2kan..... Wasalam.. 

ADD: Bila manusia terlalu kreatif..hehehe  


Dan bila manusia hendak berjimat.. ini namanya tuala wanita moden, bleh dibasuh n tahan sehingga 4-5 thun.. (bkn expired date, tp bleh guna brulang kali hingga 5 thun..sanggupkah anda?? ) :D
Assalamualaikum.. :D


Blog ini merupakan blog yang akan membicarakan mengenai semua hal dan aspek hidup sorang 'WANITA'... Namun jika ditakrifkan 'WANITA' pd zaman ini, wanita tdak lagi terikat dengan dapur dan kerja2 rumah sahaja.. oleh itu kami juga akan selitkan panduan2 mengenai dunia FESYEN.. 
RESEPI MENARIK.  


KERJAYA.. 


HOBI @ MINAT..


DEKORASI..


TEKNOLOGI..


Dan sebagainya.. 


p/s: Di harap blog ini akan dpt memberi manfaat yang berguna pd semua.. Wassalam..
Rasulullah Saw menjelaskan dalam hadits-nya:
Artinya:
Sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atas. Jika Anda meluruskannya, sama artinya Anda memecahkannya. Jika Anda biarkan, dia akan tetap bengkok. Karena itulah, Anda harus selalu memberikan nasihat-nasihat kebaikan.