Cuti sekolah dah mula...!! Yepppiiii...!!! Hehehe. 


Budak-budak pun mula bestla time2 nie kan..?? Dah tak ada suara yang 'menyanyi-nyanyi' tepi telinga untuk kejut bangun tidur...hahaha. Tv pula, apalagi, mulalar kempen mereka dengan siarkan cerita-cerita best yang tiada tolok bandingnya dengan siaran lain...abang dan kakaknye pun x lepas peluang layan jugak..hehe. Teringat pula kisah 6 tahun lepas, gara-gara tidak mahu beralah dengan adik-adik untuk melihat cerita favouriteku, waktu itu adik2 guling-guling nangis hendak tengok cerita Ali Baba, abah aku terus pergi kedai elektronik beli tv... ha! ambik kau! hahaha. Bertambahla tv dekat rumah nie.. 'Kesimpulannya' bukan budak-budak je tersenyum bila tengok kalender tertera perkataan ''CUTI' tapi penjual tv pun untung! hehehe.



    Ha..sekarang tangan ku telah mula 'gatal2' nak menaip lg.. korang layan je lar yer...hehehe. Bukan hendak cerita kisah penjual tv ke, kisah untung siaran tv ke, kisah adik berebut remote control lg ke. Tapi bila dah cuti sekolah dah mula nie, kita akan mula menerima surat-surat 'cinta' dari sanak saudara jemput makan kenduri..hehehe. Kalau di Kelantan majlis kahwin di panggil 'BEKWOH'..(sekadar berkongsi..). Tapi bila masuk je cuti pasti ada lembu akan ditumbangkan...kan? Sebab apa??? kendurila....hehehe. lembu2 dekat kampung mula berpeluh dan buat2 sakit sebab nak lari dari penyembelih2 kat kampung tu... 



Pasangan-pasangan kekasih rakyat Malaysia pula akan menyibuk di pasaraya2 dan butik2 untuk mengunakan masa ini mengguruskan kenduri-kendara... Yelah....masa inilah rakan sahabat handai bercuti, saudara mara pun balik menjenguk kampung halaman... Mama saya pun sudah dapat kad jemputan hampir sepuluh keping untuk majlis perkahwinan... anda bayangkan sendiri larr..! Baru 5 hari cuti dan yang pastinya akan ada kad-kad yang akan menyusul atau akan ada mesej-mesej yang akan masuk ke poket doraemon abah saya ke, mama saya ke, ataupun saya sendiri dengan ayat jiwang macam nie: 


''sila hadirkan diri anda ke majlis perkahwinan dot..dot..
dot..pada...dot..dot... kehadiran anda sekeluarga amat dialu-alukan pihak kami'' :D


            
( Ini kad kahwin Zed Zaidi..menarik kan..?? Percintaan mereka bermula di 'Buku Muka' (Facebook) maka terhasil lah kad kahwin tema Facebook... )
  
Itu belum lagi ayat yang tangkap leleh dan siap dengan pantun-pantun bagai..tak pun gurindam atau perkataan yang tidak boleh blah seperti beras kunyit ditabur-taburla, mawar merah semerbak harum la..apa pun, rezeki kan..hehehe. Orang cakap rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari... Kepada sesiapa yang memang berlambak dapat kad jemputan tu, tahniahla diucapkan kerana anda adalah orang yang famous lagi diingati... Makan-makan juga, nanti wajib bersenam, jangan tunggu badan cam periuk kukus tu..hehehe. 

Tapi kalau dah terlajak tu jangan risau, nanti saya akan kongsikan tips-tips kuruskan badan KHAS untuk anda.. hehe. Wassalam... 

p/s: Apa2 pun ucapan Selamat Penggantin Baru saya hulurkan pada pembaca yang akan atau dalam perancangan melansungkan hari bahgia anda..  :D

0 comments:

Post a Comment