Bila bercakap tentang haid, mesti ramai yang terbayang akan keperitan kaum hawa menanggung kesakitan. Ingat best ke dapat haid?? kaum lelaki selalu je ckp perempuan ni makhluk paling best sebab ada haid. bila haid, solat tak payah buat, bila haid bulan Ramadhan, bukan setakat solat tak payah buat, puasa pun tak payah... wahhhh syok tu! Itu lah anggapan lelaki... 

Tapi ada diorang fikir haid ni bukan setakat darah biasa yang ala-ala luka tu..tapi penuh dengan kuman dan amat busuk! Macam-macam ada dalam darah tu... Ada dinding uterus, ada darah beku, bergumpal-gumpal keluar. Ada sesetengah perempuan pula mengalami sakit yang teramat apabila haid. mual, pening, loya, kejang la, sampai ada yang jatuh pitam dek penangan haid! 

Sebenarnya, haid adalah satu kitaran yang berlaku dalam hidup perempuan... Ia menandakan seseorang itu dah akil baligh.... Dalam badan perempuan, akan menghasilkan telur yg dipanggil ovum. jika tidak disenyawakan telur tersebut akan turun sebagai haid. Bila fikir hal haid, teringat la kisah sy sewaktu dapat haid yg pertama dulu. kelakar juga bila di ingat. Saya mula dapat haid pada usia 11 tahun.. Semua terkejut..!! Saya lagi la... Tapi lama-lama, hal tersebut dapat diterima... :D
Namun, kisah kawan saya dapat haid yang pertama masih tidak dapat saya lupa sampai bila-bila... Dia mendapat haid pada usia 9 tahun...muda betul..!!! Yang  lawaknya apabila mendapat haid pertamanya, dia cepat-cepat berlari memberitahu ibunya mengatakan air kencingnya sudah tidak keluar tetapi berganti dengan darah...tergelak saya mendengarnye..hehehe. Nak dijadikan cerita, ibunya jenis cepat panik... Apalagi diperiksanya badan kawan saya untuk melihat kalau-kalau ada luka... Dibelek-belek badan anaknya. bila tiada jawapan pada masalah tersebut, ibunya dengan syahdu terus menelefon neneknya di kampung memberitahu perihal kawan saya itu... Kononya kawan saya sudah terkena buatan orang dan perlu diubat secara tradisional.. Tapi nenekanya yang di kampung mendengarnya, lalu dengan slumber menjawab "budak tu dah period lar..."........hahahahaha. Terus muka ibu kawan saya berubah jadi hijau macam hulk!

Betul juga tu! tak terfikir pula ke situ. Terus terbahak-bahak nenek kawan saya tu ketawa di corong telefon. ibunya tersipu malu. Terus diletak telefon dan memberitahu hal haid tersebut pada kawan saya yang masih tak faham apa makna haid... Lantas ibunya memberikan tuala wanita pada kawan saya untuk dipakai... Namun beberapa minit kemudian, ibu nya bergegas ke bilik anak perempuannya apabila kawan saya menjerit ala-ala alicia keys....memanggil ibunya... Rupa-rupanya, kawan saya tersilap pakai tuala wanita tersebut..hehehe.  

Dengan bahagian bawah tuala wanita yang patutnya dilekatkan pada permukaan seluar dalam, diletakkan di bahagian atas mengenai tubuhnya. apalagi, 'liner' yang ada di bawah tuala wanita tersebut melekat pada tempat yang tidak sepatutnya... hahahahaha. Ibunnya tergelak besar melihat tuala wanita 'stail' terbaru yang dipakai anaknye... Maka, cepat-cepat ditariknya dan setelah itu, diajarnya cara yang memakai memakainya... Apabila ditanya kenapa pakai begitu, kawan saya menjawab,     "mana tahu....ingat macam plaster luka.." hahahahaha...

p/s: So, bagi adik-adik perempuan yang belum dapat haid lagi, belajarlar cara untuk memakai tuala wanita yang betul dan kepada lelaki-lelaki yang dah ada nawaitu nak transformer kan diri untuk jadi perempuan, fikirlah banyak kali... Bukan senang hendak jadi perempuan dan bukan senang menjadi lelaki... Semua diciptaNya ada kelebihan dan keistimewaanya.. Renung2kan..... Wasalam.. 

ADD: Bila manusia terlalu kreatif..hehehe  


Dan bila manusia hendak berjimat.. ini namanya tuala wanita moden, bleh dibasuh n tahan sehingga 4-5 thun.. (bkn expired date, tp bleh guna brulang kali hingga 5 thun..sanggupkah anda?? ) :D

0 comments:

Post a Comment