Zaman makin moden, selalu sangat kita dengar 'Segalanya Kini Hanya di Hujung Jari..' Nenek2 dan atuk2 kat kampung pun dah pandai webcam dan 3g dengan anak menantu.. bukan nak tegok anak menantu sangat pun..dia nak tengok cucu dia jer..hehehe. So hidup manusia juga sentiasa berubah-ubah..  



  
   Jujur, Setia, Semua itu bukan lagi menjadi perkara yang mudah untuk dilaksanakan pada zaman sekarang.. Tambah-tambah dalam perhubungan antara kekasih.. Ungkapan 'Kekasih Gelap' seakan menjadi trend sekarang dan ada kalanya, ada yang tidak kisah dengan status kekasih gelap itu..SERIUS..!!  Jom ketahui sikap orang yang menyimpan kekasih gelap.... Sebelum itu, tolong pasang lampu dinding dan syiling anda yer..kalau tak, anda pun dikira dalam kategori 'GELAP'..hehehe.


1. Selalu mengadu sakit
"Emm sayang..abang pening kepala lar.." "Tadi hujan..abg rasa nak demam lar..nanti esok je lar kita mesej yer SAYANG..." Dalam alasan tu confirm ada ayat 'sayang' 'honey' 'baby'.. Fuhhh alasan yang cukup famous sekarang! Bila dah kena ayat2 sayang dan kaum kerabatnya tu mula lar si gadis cair dan pecaya.. So,jangan terpedaya jika tidak melihat bukti yang kukuh... 


2. Sms rahsia..??
Ada ketika semasa keluar dengan kekasih, jari jemarinya asyik menekan-nekan handphone... Tup tap tup tap..dah macam mesin taip zaman dulu2 plak..hehehe. Bila ditanya, dengan kelajuan 80km/j mereka ini akan mula berkata mencipta alasan seperti kenalan lama lar ape lar..lepas tu apabila sms baru masuk ke handphonenya, mukanya berseri-seri bak lagu "Twinkle2 Little Star" dan cepat membalas pesanan trsebut... curiga bukan..??? 


3. Tidak fokus apabila keluar bersama. 
Jangan kata masa kuliah atau exam jer dia x fokus, tapi penyakit tu lebih kerap 'menghinggap' padanya apabila keluar 'date' dengan anda.. Dirinya seakan gelisah...matanya sentiasa liar memandang sekeliling dan ada masanya apabila berbual dengan anda, si dia seakan berada di dunia berbeza... Contoh: 
Si gadis: Sayanggg..kita makan kat KEP EF SI (kfc) nak x..??
Si jejaka: Ok honey...nanti kita pi tengok citer Hantu Kak Limah Balik Rumah tu yer.. 
( si gadis: Bf aku nie nak kena flying Kick percuma jer nie tau...!!!)
Pelik bukan??? 






4. Tiada masa... 
Kalau sebelum ini masa hujung minggu dihabiskan bersama anda..pergi shopping, pergi maen bowling dan sebagainya (mengikut jari telunjuk si kekasih pujaan hatinya shj). Namun sejak dua - tiga menjak nie si dia sering mengadu sibuk dan tiada cuti untuk keluar bersama walaupun sekadar menemani anda makan tengah hari... Ada masanya terpaksa anda buat kunjungan mengejut di pejabatnya atau singgah di rumah sewa nya... Namun awas..!!!  Jangan pergi sendirian pula...anything can happen terutama kepada anda yang memang ayu tahap model iklan Sunsilk..hehehe.




5. Punya lebih dari satu handphone. 
Kalau dulu bila kuar dattig dengan anda, tak sampai dua tiga jam dah berpeluh dan berbau..!! Bila suruh beli diadorant, dia cakap xde duit.. Tapi sekarang, deadorant tetap xde duit nak beli,tapi hp baru bleh beli plak..?? Rasa nak jer kita sembur ubat nyamuk kat badan diaorang kan..?? Xde duit lar sangat nak beli deadorant tu..!! Zaman sekarang, harga handphone yang dulunya agak mahal namun sekarang boleh dimiliki walaupun oleh budak sekolah dengan hanya menyimpan wang sakunya... Kalau dulu, anda mengenalinya dengan orang yang jenis simple tidak mempunyai banyak handphone, mesti anda rasa hairan dengan sikapnya menyimpan lebih dari satu handphone.. Di tambah pula nombor yang dipakai tidak anda ketahui... Macam lar dia tu Farid Kamil @ Awal Ashari nak kena ada nombor private..!! hehehe.
            (adik nie mesti ramai peminat kat taska kan..?? comelnyerr...)

5. Takut untuk bergerak.. 
90% orang yang mempunyai kekasih gelap akan berasa tidak selamat untuk ke sesuatu destinasi... Tambahan pula jika destinasi yang dituju selalu dikunjungi si dia dengan kekasih gelapnya... Jika sebelum ini, anda bebas menentukan hala tuju untuk anda keluar namun sekarang si dia mengenakan syarat tidak boleh ke tempat itu, tempat ini...umm...jika hal ini terjadi, siasatlah segera... Kalau dia xde simpan 'kekasih gelap' , itu sure kes pinjam Ah Long tu.. putuskan je lar dengan lelaki begitu..silap2 belum kahwin dia dah makan duit anda.. anda pun jgn 'cekik' dia sampai ratus2 bila date yer..hehehe. :D


p/s: Dalam perhubungan kena ada JUJUR. HORMAT, KOMUNIKASI YANG BAIK DAN MEMAHAMI KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PASANGAN..


p/p/s: Kadang kala kekasih gelap bf anda boleh jadi 'kawan baik' anda sendiri... Wassalamm... 

0 comments:

Post a Comment