Sabda Rasulullah s.a.w dalam satu hadis, yang bermaksud:
''tidak akan masuk api neraka siapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t''...


Tangisan lebih popular dengan wanita, tetapi lelaki juga tidak kurang hebatnya bila dah 'feeling'..hehehe. Namun mereka ada kekuatan ego yang tersendiri yang boleh digunakan untuk mengurangkan tangisan (kira x macho lar kalau menangis) hehe. Tangisan adalah salah satu cara untuk kita menggambarkan satu perasaan dalaman yang sukar diungkap... Ada yang menangis kerana sedih,  ada juga yang menangis kerana gembira yang teramat...(kira menangis air mata darah lar nie..) hehehe. Semak check list di bawah untuk melihat sama ada air mata yang keluar itu adalah permata atau akibat tak tahan potong bawang ( kira buang masa jer untuk anda menangis..)

1. Air mata yang mengalir kerana menghadapi penderitaan yang hebat.
2. Air mata yang keluar kerana perasaan kasih sayang dan lembut hati
3. Air mata yang mengalir kerana gembira
4. Air mata yang keluar kerana perasaan takut
5. Air mata untuk mendapat belas ihsan orang
6. Air mata kesedihan yang terlampau
7. Air mata dari orang yang lemah dan terasa hina
8. Air mata yang keluar kerana terikut-ikut dengan tangisan orang lain
9. Air mata mengalir kerana cinta
10. Air mata dari orang yang munafik yang sejak azali diketahui sebagai orang yang penuh dengan pura-pura
Dalam semua senarai tangisan tersebut, anda cuba bandingkan dengan tangisan anda. apakah tangisan anda itu bermakna dan wajar diteruskan? tepuk dada tanya iman...




p/s: cecair yang meleleh keluar selepas anda menggunakan EYE MORE tidak dikira sbg air mata yer..harap maklum..hehehe. sekian.. Wasalam. 







0 comments:

Post a Comment