Apabila bercakap soal kain mesti kaum perempuan yang akan excited..kn? hehe. Dan setiap musim-musim perayaan yang terlintas dalam fikiran kita hanya TAWARAN ISTIMEWA..!!! POTONGAN SEHINGGA 60%..!! JUALAN PENGHABISAN STOK..!! (jika anda tersenyum sekarang, andalah yang saya maksudkan..) hehehe. Namun pernahkah anda terfikir entah berapa jenis dah jenis fabrik yang pernah anda gayakan..??  Namun persoalannya, adakah fabrik tersebut sesuai dengan keadaan cuaca kita, dan paling penting, sesuai ke dengan bentuk badan kita...?? Ha..! jangan pandang remeh pada pemilihan fabrik yang ada... Rata-rata kita tidak kisah dengan fabrik yang dipakai asal cantik bila pakai...emmm boleh ke begitu??? Jangan risau..'DON'T WORRY BE HAPPY' (bak kata orang tua2..), di sini ada tips untuk wanita yang mahukan penampilan yang lebih MENARIK, MEMPESONA dan yang MAMPU BUAT PAK MERTUA PUN 2-3 KALI JELING..( just kidding..hehe.) Enjoy.. :

1. BADAN TINGGI DAN KURUS

Syukur kerana pemiliknya memiliki bentuk badan yang 'ngam' dengan apa jua fabrik pun! Walaupun begitu, untuk kelihatan menarik, pemiliknya harus menitikberatkan mengenai corak dan potongan pakaian tersebut.pilihlah corak yang saiz besar atau melintang.. Teknik tersebut akan menyamarkan bentuk badan dan membuat penampilan lebih menarik. Contohnya:
Jika anda ingin mengenakan jubah moden atau abaya, pastikan anda memilih seeloknya dua tona warna yang berbeza. itu menampakkan potongan badan anda yang menarik.

2.BADAN TINGGI TETAPI BESAR@ CHUBBY

Emmm memang impian saya untuk menjadi sedikit montel atau istilahnya comel...hehehe. Namun perlu diingat, apabila kita bertubuh besar, anda tidak semestinya tidak boleh bergaya dan pakaian pula terhad.. Sekarang zaman sudah moden...cuma, kita perlu mencari yang sesuai untuk mengenakannya di tubuh.. Dan paling penting, jangan wujudkan istilah 'syok sendiri'.. Ini penyakit yang tiada ubatnya..hehe.  Dalam pemilihan fabrik pula, fabrik jenis lembut dan berat adalah yang paling sesuai. Ini kerana fabrik tersebut memberi imej langsing kepada si pemakai...Paling penting bagi wanita bertubuh kategori ini, mereka harus memilih pakaian longgar dan sebolehnya jangan memilih pakaian bertona terang atau lembut kerana ini boleh menampakkan bentuk badan anda yang sebenar.


3.BADAN RENDAH DAN BESAR


Bagi pemilik badan jenis ini, mereka perlu elakkan dari memakai pakaian yang bercorak besar kerana corak tersebut akan menenggelamkan penampilan mereka. Pilihlah pakaian yang sederhana rekaannya ataupun lebih ringkas. Tidak perlu sarat dengan renda atau apa-apa sekalipun. Mereka juga harus memilih pakaian yang agak longgar untuk menyembunyikan susuk tubuh yang besar. Padankan dengan sepatu yang bertumit, agar tubuh nampak lebih tinggi dan yakin..!!.


4.BENTUK BADAN SEPERTI PEAR


Bentuk badan tidak seimbang atau popular dengan gelaran 'PEAR',  memerlukan fabrik jenis berat.. Fabrik yang paling sesuai dipilih ialah dari jenis satin.. Apabila anda memilih pakaian dari fabrik yang ringan, fabrik tersebut akan jelas menampakkan 'ketidaksempurnaan' tubuh anda... Anda boleh memilih untuk mengenakan corak yang besar atau kecil tetapi harus disesuaikan dengan pakaian yang lain. Paling pnting..!! Mereka ini harus menekankan aspek warna, corak, fabrik dan potongan sebelum memakai sesuatu pakaian.

p/s: Manusia adalah ciptaanNYA yang paling sempurna namun, tidak salah kita mencari sesuatu yang kita rasa mampu untuk menampakkan kita lebih menarik, dan seterusnya memberi keyakinan kepada diri kita untuk berhadapan dengan orang ramai. Renung-renungkan.. dan selamat membaca... hehehe. wasalam..

0 comments:

Post a Comment