Pasti ramai antara anda yang menginginkan rambut yang lurus dan cantik.. (boleh ganti pembaris..hehe). Namun ramai antara kita yang mengambil jalan mudah iaitu dengan menggunakan khidmat salun2 rambut untuk buat 'REBONDING'.. 


Tetapi,pernah kah anda berfikir brapa banyak yang telah anda habiskan..?? RM80? RM100? atau yang paling mahal RM200..??? Dengan duit sebanyak tu, dah brape pasang kasut bleh anda shopping..??ehhehe. kami ada penyelesaiannya..

Ini merupakan sambungan tajuk Rambut Lurus Ala Rebonding

Cara ke-2 Rambut lurus ala rebonding :


Cara2nya..
a) Sediakan 1/2 biji nanas masak..
b) Lumatkan dan perah untuk mendapatkan jusnya..
c) Peramkan air nanas itu selama semalaman..
d) Keesokkannya sapu kan jus nanas yang telah diperamkan itu pada rambut anda..
e) Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas sehingga bersih








Antara artis yang mempunyai rambut menawan ialah Fauziah Ghous.. Anda tak nak rambut begini..??
p/s: Rambut yang menawan mampu menambat hati suami tauu..hehe. 
Rambut merupakan sebuah mahkota bagi seorang wanita... rambut yang sihat dapat memberikan keyakinan diri terhadap wanita tersebut..


Namun, bukanlah mudah untuk menjaganya dengan rapi agar rambut kita sihat,angun dan rapi..Suami pun makin sayang..hehehe.


Baiklah, untuk permulaan.. apa kata saya bawa anda "mengembara" dunia penjagaan rambut menggunakan bahan2 semulajadi yang sangat mudah didapati..   


Anda sudah bersedia..?? Enjoyyyy...

Cara pertama :


a) Sediakan sebiji kelapa parut..
b) Perah untuk mendapatkan santannya..
c) Campur santan tadi dengan perahan sebiji limau nipis..
d) Gaul sebati dan simpan dalam bekas di dalam peti sejuk..

Perhatikan hingga nampak seperti mendapan krim putih pada bahagian atas..


e) Sapukan mendapan itu seperti krim pada seluruh rambut..
f) Tutup kepala dengan kain selama 1 jam sebelum dibilas bersih ..


Amalkan selalu untuk mendapatkan rambut yang lurus.. 


Salam sejahtera kepada anda semua.. Topik kita pada pg nie adalah mengenai "STRESS"... 


Namun tajuk kita kali ini menjurus kepada stress bagi wanita ketika hendak bersalin...

                 comel kan kalau kita dapt anak macam nie..?? hehe.    
                                     
Ada antara kita yang sebenarnya takut dengan perkataan 'BERSALIN' itu sendiri.. ada anak remaja yang trauma akibat tragedi hitam masa lampsu dan sebagainya.. bagi para ibu pula,mungkin cerita-cerita orang2 sekeliling sedikit sebanyak mempengaruhi pandangan dan perspektif mereka berkaitan 'bersalin' ini.. ada juga yang jenis 'mabuk darah' dan x berani untuk mengalami detik 'bersalin' itu.. 


Apa pun alasan nya, kita sebagai para gadis dan wanita2 di luar sana sudah menjadi lumrah dan karma dalam hidup kita untuk mengalami detik2 itu.. Apa yang perlu kita sematkan dalam jiwa kita adalah, "Ini tanggungjawab aku pada suami..". " Ini untuk menjaga hubungan cinta antara kita dengan suami dan untuk menggembirakannya..." Dan ini tanggungjawab yang aku pikul demi memartabatkan lagi Agama ku.."

  Ok.... Don't be too serios... Smile girl's... :

Untuk menenagkan hati anda yang gelisah memikirkan 'bersalin...' 'bersaliiiinnnn...' 'bersaaaalllliiinnnnn...' (dah macam tengok crita hantu dah...hehe) 


Bacalah..dan Fikirkanlah.. Untungnya kita diciptakan sebagai hamba yang bergelar... WANITA.. 



1. Doa seorang isteri yang taat memiliki kekuatan 70 wali. 


2. Isteri yang membuatkan minuman suami tanpa diminta, pahalanya 3 kali khatam Al Qur’an.


3. Masakan isteri yang dilakukan secara sunnah dan dimakan suami beserta keluarga pahalanya semua untuk isteri dan do’a suami yang memakan masakannya menjadi do’a yang diijabah.


4. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah SWT mengizinkannya memasuki syurga dari pintu mana saja yang ia kehendaki.


5. Isteri yang keletihan bangun malam kerana anaknya minta susu sama dengan pahala 70 x haji mabrur.


6. Wanita yang menyusui anaknya, maka setiap titisan susunya akan diberi pahala satu kebaikan. Dan jika tidak dapat tidur semalam suntuk kerana anaknya, maka baginya pahala seperti memerdekakan 70 hamba sahaya di jalan Allah dengan penuh keikhlashan.


7. Burung di udara dan malaikat dilangit akan selalu memintakan ampunan kepada Allah selama. Isteri dalam keredhaan suami.


8. Bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala 
jihad.


9. Bila seorang wanita hamil solatnya dua rakaat adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


10. Bila seorang wanita hamil akan mendapatkan pahala 70 tahun solat sunah dan 70 tahun puasa”.


11. Wanita yang mencuci pakaian suami dan anak-anaknya akan mendapat 1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT mengangkat darjatnya 1000 tingkat.


12. Wanita yang menyusui anaknya, maka setiap titisan air susu tersebut akan mendapatkan 1 pahala dan apabila cukup 2 tahun menyusui maka malaikat dilangit akan mengabarkan berita bahwa SYURGA WAJIB BAGINYA.


13. Apabila seorang wanita didatangani haid maka haidnya akan menghapus dosa2nya.


14. Apabila ia membaca pada hari pertama “Alhamdulilahi ala kullu halin wa astagfirullaha min kulli zambi” maka ALLAH akan membebaskannya dari jahanam, sihir & adzab.


15. Setiap hari haidnya, ALLAH tinggikan dia dengan pahala 40 org mati syahid apabila ia berdzikir.


16. Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami melihat isterinya dengan kasih sayang, maka Allah pandang mereka dengan penuh rahmat.


17. Wanita yang tidak cukup tidur di malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya dan bila ia menghiburkan anaknya maka Allah akan memberikan pahala 12 tahun pahala ibadah.


18. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dari setiap kesakitan pada satu uratnya maka Allah beri pahala haji.


19. Sekiranya wanita itu meninggal dalam masa 40 hari selepas bersalin, ia tergolong sebagai mati syahid.


20. Wanita yang memicit suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 tola emas, manakala wanita memicit suaminya disuruh akan dapat pahala 7 tola perak...(tola tu lebih kurang guni kot..)


21. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan masuk syurga.


22. Jika suami mengajar isterinya 1 masalah agama, baginya mendapatkan pahala 80 tahun ibadah.


23. Semua orang akan melihat dan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat nanti, namun Allah akan mendatangi sendiri kepada wanita yang menjaga auratnya secara sempurna di dunia dengan istiqamah.


24. Wanita yang mencuci baju suaminya akan menghapus 2.000 dosa bersama titisan air yang jatuh.


25. Wanita yang mencuci baju suaminya yang digunakan keluar di jalan Allah, maka debu yang menempel di baju dan tersentuh oleh kulitnya maka kulitnya tidak akan disentuh api neraka sekalipun asapnya.


26. Wanita yang membuat makanan yang dibuat dari tepung 
untuk suami dan anak-anaknya, Allah menetapkan pada setiap biji tepung itu kebajikan, menghapus kekurangan, dan meninggikan darjatnya.


27. Wanita yang berkhidmat melayani suaminya sehari semalam dengan suka cita dan penuh keikhlashan serta niat yang benar, Allah akan mengampuni dosanya dan memakaikannya pada hari kiamat dengan pakaian hijau gemerlap dan Allah menetapkan setiap rambut ditubuhnya 1,000 kebaikan dan Allah memberinya pahala 100 ibadah haji dan umrah.


28. Wanita yang membentangkan tempat tidur untuk suaminya dengan senang hati, maka malaikat pemanggil dari langit akan menyerunya untuk menghadapi amalnya dan Allah mengampuni dosanya yang sudah lalu dan yang akan datang.


29. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian 
suaminya, maka Allah mencatat 1,000 kebaikan dan mengampuni kesalahannya bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memintakan ampun baginya, serta Allah mengangkat 1,000 darjat baginya.


30. Jihad seorang wanita adalah mengurus suaminya dengan baik.


31. Allah merahmati seorang wanita yang bangun malam dan solat, lalu membangunkan suaminya dan ikut solat, bila suaminya enggan maka ia percikkan air di mukanya.


32. Seorang wanita yang meminyaki rambut kepala anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencucikan pakaiannya maka Allah SWT menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan 1000 orang yang kelaparan dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang telanjang.


33. Wanita yang sedang hamil dan menyusui sampai habis masa persusuannya seperti pejuang di garis depan fi sabilillah. Dan jika ia meninggal di antara waktu tersebut maka sesungguhnya baginya pahala mati syahid.


34. Jika wanita mengandung anak di perutnya, maka para malaikat akan memohonkan ampunan baginya, dan Allah SWT menetapkan baginya setiap hari 1,000 kebaikan, menghapuskan 1,000 kekurangan. Ketika wanita itu merasa sakit saat melahirkan, maka Allah menetapkan baginya pahala para pejuang di jalan Allah. Jika ia melahirkan bayinya, maka keluarlah dosa-dosanya seperti ketika ia dilahirkan oleh ibunya dan tidak akan keluar dari dunia dengan membawa dosapun, di kuburnya akan di tempatkan di taman-taman syurga. Allah memberinya pahala 1,000 ibadah haji dan umrah dan 1,000 malaikat memohon ampunan baginya hingga hari kiamat.


35. Wanita yang memberi minum anaknya di waktu kecil, kelak di hari kiamat Allah SWT akan memberinya 70 teguk air dari telaga kautsar.


36. Wanita yang paling baik di kalangan wanita akan memasuki syurga sebelum orang yang paling baik di kalangan laki-laki. Mereka akan mandi dan memakai minyak wangi dan menyambut suaminya di atas keledai-keledai merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil.


37. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”


38. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


39. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. 
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.


40. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.


41. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


41. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


42. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

                                        TIDAK SEMUA MEMILIKI PELUANG MELAHIRKAN ZURIAT...

P/S: Masih mengeluhkah ANDA..??? 


Jika anda masih meneluh..Mari saya tunjukkan sedikit gambar yang KIUT+MIUT gitu..hehe


Ini adalah gamabr di salah satu Hospital di Taiwan yang disediakan untuk para Ibu-ibu yang dalam tempoh menunggu melahirkan anak.. (kira wad bersalin lar nie..) Enjoy the show.... hehe.






Simple kartun penuh makna.. 


Hayatilah..







p/s: Cintailah sepenuh hatimu.. kerna C.I.N.T.A itu 
                            "Milik Bersama...."






                       

                  APABILA BILANGAN LELAKI 37: 1 PEREMPUAN...??? 

Yaaa.. itulah  'TAGLINE' bagi Filem Terbaru terbitan Metrowealth Movie Production Sdn. Bhd...


Tajuk Filem: 3,2,1 CINTA
Pengarah: Azhari Mohd Zain
Penerbit: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Dipawagam:16 Jun 2011

Pelakon 3,2,1 CINTA:
Diana Amir
Farid Kamil
Pierre Andre
Mustapha Kamal
Sheila Mambo
Zila Bakarin
Ruzaidi Abdul Rahman

Sinopsis :
MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.
Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.
Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.

So, apakah kesudahan cinta mereka ini..?? nantikan di pawagam BERHAMPIRAN...!! HAHAHA

    Di sini, saya sebagai rakyat yang sangat " ALERT" dengan masalah ini ingin menyarankan! (macam YB plak rasa..hehehe) Adakah kita para wanita perlu lagi menunggu para LELAKI2 di luar sana mencari kita..?? 
Dengan nisbah 37: 1 itu pun kita sudah tahu ada kemungkinan besar kita akan jadi 'ANDARTU' sampai ke TUA???!!! 
Ada yang cakap " takkan punyalar..laki kan boleh kahwin 4..x kisah jadi isteri nombor berapa pun..". Tapi cuba anda fikir (dengan waras) dengan nisbah 37:1 tu, jika semua lelaki kahwin 4 SEKALIPUN.. masih ada ramai lagi yang ANDARTU tau..??!! 

So,mari kita lupakan seketika istilah "PERIGI MENCARI TIMBA.." tu.. Di sini saya ada sediakan, TIPS-tips MemiKat LelaKI.. Enjoy.. hehe :
1. Berpewatakan menarik.. Ini penting kerana perwatakan andalah yang pertama sekali akan dapat dipandang oleh lelaki tersebut.
2. Cara permakaian..jangan terlalu menonjol sampai sekali imbas orang dah tahu itu pasti anda..hehehe, Berpakaianlah yang selesa di badan anda, kerana secantik mana pun baju itu tapi jika anda tidak selesa,pasti mempengaruhi perwatakan anda.
3. Mempunyai tingkah laku yang elok.. Janganlah anda menjerit dar tingkat 2 kolej memangil2 kawan anda di bawah.. Jika lelaki tersebut nampak macam mana..?? Confirm dia awal2 lagi 'blacklist' anda..hehe.
4. Senyum dan jangan sombong.. Takkan nak pikat dia dengan wajah 'muka ketat' anda tu..kan? 
5. Ketika berinteraksi, jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang dapat mengalih pandangan mereka kepada anda.. Jangan lebih2 gatal nak pergi peluk dia @ nak pegang tangan dia.. nanti x pasal2 anda di cop 'perempuan bekas orang'..
6. Apabila berhadapan dengan mereka, biasakan diri menatap mata mereka semasa mereka berbicara. Dari mata jatuh ke hati kan..hehehe.
7. Selitkan sikap humor yang kamu ada..Ini bagi memeriahkan dan menjadikan keadaan ketika itu lebih sanatai agar dia juga selesa dan segala rancangan anda berjalan lancar...
8. Jangan terlalu jual mahal.. Memang benar, jika perempuan itu jual mahal,perempuan itu akan lebih ramai peminat.. siapa x suka barang mahal kan..??hehehe. Tapi jika anda yang ingin pikat dia, longgarkan sediti sahaja mahal anda tu.. kira bagi diskaun 20% lar..hehe.
9. Bijak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.. Lelaki memang lebih tertarik dengan perempuan yang bijak menguasai keadaan sekeliling.. jangan anda jadi gila excited pulak bila dia bawak ke KFC..hehe
10. Jangan suka bandingkan dia dengan mana2 lelaki yang kamu kenali... Ego lelaki terlalu kuat..!! 
11. Menghormati dirinya, keluarganya dan teman2 nya... Jangan sesekali mengutuk atau memerli kawan, keluarganya dan tentu sekali dirinya.. Bagi lelaki, 3 golongan itulah hidup mereka sebelum anda muncul..
12. Menjadi teman semasa dia susah dan senang... Sekali anda buat perangai yang mata duitan @ beri banyak alasan ketika dia minta tolong.. lupakan sahaja niat anda untuk memilikinya..hehe.
13. Jangan terlalu excited ketika berjumpa dengannya... Kawal dirimu..!! jangan dia buat andaian anda tergila2kan anda.. hehe.
14. Bersikap keibuan adalah tips yang perlu ada pada kamu... Lelaki akan tertarik jika anda mempunyai sifat keibuan seperti sayangkan baby kecil.. tahu menguruskan kerja2 rumah.. sejuk hati lelaki tu mendengarnya..hehe.
15. Bersikap matang dalam tingkah laku... tak salah jika anda mahu menunjukkan kemanjaan padanya, tapi biarlah setelah dia anda miliki.. itu lebih baik.. 
16. Aset penting yang akan mencairkan lelaki ialah mata, punggung dan gaya langkah anda... Jika anda ada kawan lelaki yang sanggup jujur dengan anda, pasti mereka akan mengiyakan statement ini..hehe. Jangan mengoda! buka itu maksud saya.. kerana dengan menggoda,ada kemungkinan dia akan memilih anda atas dasar anda SEKSI semata2. 
17. Lelaki tidak suka wanita yang pengotor atau tidak jaga kebersihan... ini kerana secara lumrahnya wanita lebih bersifat bersih berbanding lelaki.. so, jangan ada bau petai or baju bawah ketiak yang basah yer... eee..!
18. Lelaki sukakan wanita yang cerdik... tapi jangan terlalu menunjuk2 @ memperkecilkan ilmu lelaki tersebut.. pasti dia malas nak jumpa anda lagi..
19. Ambil berat dengan bertanya khabarnya dua hari sekali dan ingat tarikh penting baginya seperti tarikh lahir... kerana kebanyakkan lelaki tidak ramai yang akan memngingati tarikh2 seperti tarikh lahir gf sendir.. ( kadang2 bila facebook keluarkan iklan harijadi gf nya baru dia ingat..hehehe)
20. Ucapkan tahniah atas kejayaannya dan berada bersamanya ketika dia kedukaan... Be the first one..! 

p/s: Last but not least.. "Jangan terlalu menunjukkan yang kamu nie terlalu baik n perfect..."



SELAMAT DATANG...

Kami merupakan sebuah syarikat yang menjalankan bisnes yang bernilai RM 150 JUTA..??!! 

Tak pecaya..?? Yes!! Jangan percaya bulat-bulat jika anda tidak mahu kecewa..hehehehe.

Harap maaf, ini bukan Skim Cepat Kaya yer.. Skim cepat kaya tu semua merapu jer..jangan percaya..!!

Posting kali ini untuk memperkenalkan kepada anda seorang "BAKAT YOUTUBE" yang dah lama terkenal tapi masih bermain di 'Bawah Tanah".. Underground lar tu.. hehehe.. Saya sendiri mula meminati liriknya dari lagu2 seperti Suatu Penah dan 150 JUTA.. 

Sebelum apa-apa..mari kita layang FACE dia jap.. 








NAMA: Nur Affina Yanti Jamalludin

LAHIR:  27 OGOS 1982

Blog:  klik sini.. (FYNN JAMAL)
Facebook:  klik sini (FYnn JaMal)

Ini sahaja maklumat yang dapat kami siarkan..( internet slow..hehehe)
  Nextttt....

Mari kita layan Video2 dar Fynn JaMal ini...


                                                             FYnn JaMal- Biar..

                                                              SuAtuu  PerNah.. 
                      (Bagi yang minat dengan puisi,layann.....)







p/s: Sudah ramai bakat2 wanita yang mula menceburi bidang muzik dengan karya mereka sendiri..

                            Good Luck n Keep The Great Job..!! 
                                                   from 
                                 (airynkauthsar.blogspot.com)


Klon Yuna..??? Biar betol..?? 




Disini Biodata ringkas mengenai NAJWA LATIF..: 


Nama penuh: Imratul Najwa Binti Abdul Latif


Tarikh lahir: 23rd May 1995


Tempat lahir:  Batu Pahat, Johor


Status: Pelajar Sekolah SMK(P) Temenggong Ibrahim 


Batu Pahat Johor.



Laman Sosial:

Blog: www.najwalatifs.blogspot.com

Facebook Fanpages: najwalatif

Twitter: @njwalatif

YouTube: www.youtube.com/najwa595




Layan lar gambar2 beliau yer..hehe









p/s: 'cik abang' suka sangat layan lagu2 mcm nie.. :p



Malas nak celoteh banyak-banyak malam nie.. anda layan je lar yer CALON2 BOYFRIENDS HAMPEH.. : 



  1. Malas angkat telefon..
  2. Pape hal asyik cakap malas, malas, malasss jer..
  3. Bila ajak keluar, asyik busy memanjang..mcm lar dia YB..!
  4. Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan hati..
  5. Mula menggelakkan diri dari bejumpa..
  6. Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus..
  7. Bila dah janji date, tapi lupa nak datang..alasan lapuk diberi..lupa larr..tertido...
  8. Apa kita buat dah tak betul dimata dia..
  9. Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan..
  10. Taip sms pun pendek2 jer..
  11. Bila kita cakap "i love u", dia balas 'errrmmm.." jer..?!!
  12. Bagi alasan.. "awak nie terlalu baik untuk saya..saya tak layak untuk awak..".. masa ngorat kita dulu xde pulak timbul hal tu..!
  13. Bila ajak jumpa parent, macam2 cara dia cuba menggelak..
  14. Dah jumpa parent pun alasan banyak, nak cakap hal "kahwin"..?? kejap jer dia tukar topik..
  15. Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita..
  16. Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu..
  17. Dengan orang lain dia boleh cakap 'single'..!
  18. Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching..sekarang dah taknak.. rimas katanya..poyo plak dah katanya sekarang..
  19. Dulu sanggup tolak ajakan kawan semata-mata nak keluar dengan kita.. tp sekarang dah terbalik..
  20. Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah,..katanya hp cepat panas.. 
Anda ada lagi nak tambah..?? Sila2.. komen di bawah yer..hehehe. 


p/s: NAK LAGI..?? Klik ( Sini..) yer adik-adik..hehehhe
'CINTA' itu seperti 'garam',, :D

Amir dan isterinya sedang berada di dapur.

"Abang, sayang minta maaf kerana abang yang terpaksa memasak pada hari ini."

Amir tersenyum.
"Sayang sudah masakkan makanan yang sedap untuk abang hampir setiap hari. Kali ini, biarlah abang pula yang memasak untuk sayang. Sayangkan demam, sayang berehatlah."
Aisyah berkata,
"Tugas memasak, abang serahkanlah kepada Aisyah. Abang sudah seharian bekerja untuk mencari rezeki. Kini giliran Aisyah pula untuk melayani abang. Memasak dan melayan abang adalah kerehatan untuk Aisyah."

Amir berkata,
"Malam ini, biarlah abang yang memasak untuk Aisyah. Bukan selalu Aisyah dapat merasa masakan abang. Aisyah bimbang masakan abang tidak sesedap masakan Aisyah?"

Aisyah tersenyum dan berkata,
"Masakan abang tentulah sedap, tetapi tidaklah sesedap masakan Aisyah."
Amir tersenyum dan membalas,
"Masakan abang makin bertambah sedap. Selepas ini Aisyah akan merayu-rayu meminta abang supaya memasak untuk Aisyah."

Aisyah tersenyum dan berkata,
"Aisyah tahu, abang memasak menggunakan perencah kasih sayang, sebab itulah masakan abang makin bertambah sedap."

Amir tersenyum dan bertanya kepada Aisyah.
"Sayang, berapa banyak garam yang perlu abang masukkan ke dalam masakan ini?"

Aisyah menjawab,
"Abang masukkanlah garam dengan secukup rasa. Jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit."

Amir menjawab,
"Boleh sayang tolong abang untuk masukkan garam ke dalam masakan ini? Abang terpaksa mengalah, sayang lebih pakar dalam hal memasak berbanding abang."

Aisyah tersenyum dan menolong suaminya.
"Abang tahu kenapa kita kena masukkan garam dengan secukup rasa sahaja? Kenapa tidak boleh terlalu banyak atau tidak boleh terlalu sedikit."

Amir menjawab,
"Tukang masak profesional mahu menguji abang, ya? Kalau terlebih garam, masakan akan jadi masin dan kalau terkurang garam pula masakan akan jadi tawar."

Aisyah tersenyum.
"Kalau garam perlu dimasukkan dengan secukup rasa, bagaimana pula dengan cinta?"

Amir tersenyum dan menjawab,
"Abang mungkin kalah dengan Aisyah dalam hal memasak, tetapi abang tidak mahu kalah dengan Aisyah dalam soal cinta."

Aisyah tersenyum dan Amir meneruskan kata-katanya,
"Abang berikan cinta abang kepada Aisyah dengan secukup rasa. Cinta yang abang berikan kepada Aisyah, tidak lebih dan tidak kurang. Semoga cinta antara abang dan Aisyah tidak akan melalaikan kita daripada mengingati Allah."

Aisyah tersenyum dan berkata,
"Abang memang pakar dalam bercinta. Makin hari, makin Aisyah cinta kepada abang. Kadang-kadang, Aisyah rasa abang adalah pakar bius. Aisyah dibius cinta."

Amir tersenyum.
"Nasib baik abang tidak menjadi doktor. Kalau tidak, ramai pula pesakit yang terbius dengan bius cinta abang."

Tentu ramai yang telah menyaksikan " WEDDING OF THE YEAR" tahun 2011 iaitu antara Kate Middleton dengan kerabar diraja BRITAIN William.. 




Tetapi..!! Bukan itu yang saya nak hebohkan di sini.. tetapi anda perasan tak persamaan busana pengantin perempuan dan baju pegantin lelaki ini sama dengan sebuah cerita kartun kegemaran kita dulu-dulu.. 


Yes..!! Tak salah lagii.. cerita yang saya maksudka itu ialah CINDERELLA... 

Tak percaya..??? Tengok jangan x tengok.. ( ada kakak tiri cinderella yang real lagi..hehehe) 
Perempuan memang tidak dapat dipisahkan dengan angan-angan untuk memperolehi tubuh badan yang cantikk.. ramping.. Antara faedah wanita bertubuh ramping ialah senang cari baju bila shoping, boleh cuba pelbagai fesyen..kn? kn? ada yang dah angguj dah tu..hehehe. Tapi... Senang ker nak dapat tubuh ramping..?? Memang senang jika kita bercakap dalam dunia 2011 nie.. jalan jer kat bandar, dah banyak pusat-pusat perlansingan badan.. iklan tv jangan cakap lar..hehehe.

Tapi untuk anda melanggan perkhidmatan ini anda perlukan bajet yang agak besar..( botak suami..hehe.)


JANGAN RISAU.. Disini saya akan berikan RESEPI JUS DIET..

Sooooo.. Kita Enjoooyyy...!!!

1. Jus Epal Aloe Vera..

Bahan2nya..:
1 Biji epal.
Aloe vera..
Sedikit madu..


Langkah-langkah.. :
1) Epal itu haruslah anda kisarkan... kemudian tapis dan ambil airnya..
2) Kemudian masukkan air epal tadi ke dalam gelas..
3) Masukkan pula aloe vera ( yang telah dipotong dadu)
4) Masukkan beberapa titis madu ke dalam gelas
5) Seterusnya boleh lar dimasukkan ketulan ais..

Sedia di hidang...           (pada yang jenis malas tahap I.C.U inilah alternatifnya.. )


                                                 
2. Jus Tiga Abdul.. (bukan nama sebenar).                                                                           


Bahan2nya.. :
30ml jus mangga
30ml jus oren
1/4 biji buah naga (bukan ambil biji dia tau..!! hehe.)


Langkah-langkah..:
1) Buah naga tersebut hendaklah dipotong kecil2 dahulu..
2) Masukkan buah naga itu dalam gelas..
3) so,sekarang proses menuang jus2 mangga dan oren tadi dalam gelas berisi buah naga tadi tu..
4) Dah siap masukkan lar ais... hehehe.
Sedia dihidang..



3). Jus 'HERBIVOR"..  (ganas tak nama..?? hehehe. abaikan jer,,)
Bahan2nya.. :
1/2 biji timun
1 biji tomato
1 batang seleri
2 biji epal


Langkah-langkah..:
1) Ha! janganlar excited sangat nak buat..basuh dulu semua bahan2 tadi...
2) Dah siap basuh kak limah..?? hehehe. jika dah siap, masuk dalam mixer..
3) Pasang plug dan 'on' kan mixer tu..( kena ajar ker..??)
4) Masuk satu persatu tau...!!
5) Dah siap mixer, tapis dulu ke dalam gelas..


Inilar saleri...pada yang dah angan2 nak kahwin tu, ambik tahu lar yer.. isteri pandai masak suami makin sayang tau..hehe


Sedia di hidang...  :D



SEKIAN DAHULU YER..


p/s: Akan di update lagi nanti... tunggu yerrr...  Wassalam..