APABILA BILANGAN LELAKI 37: 1 PEREMPUAN...??? 

Yaaa.. itulah  'TAGLINE' bagi Filem Terbaru terbitan Metrowealth Movie Production Sdn. Bhd...


Tajuk Filem: 3,2,1 CINTA
Pengarah: Azhari Mohd Zain
Penerbit: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Dipawagam:16 Jun 2011

Pelakon 3,2,1 CINTA:
Diana Amir
Farid Kamil
Pierre Andre
Mustapha Kamal
Sheila Mambo
Zila Bakarin
Ruzaidi Abdul Rahman

Sinopsis :
MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.
Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.
Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.

So, apakah kesudahan cinta mereka ini..?? nantikan di pawagam BERHAMPIRAN...!! HAHAHA

    Di sini, saya sebagai rakyat yang sangat " ALERT" dengan masalah ini ingin menyarankan! (macam YB plak rasa..hehehe) Adakah kita para wanita perlu lagi menunggu para LELAKI2 di luar sana mencari kita..?? 
Dengan nisbah 37: 1 itu pun kita sudah tahu ada kemungkinan besar kita akan jadi 'ANDARTU' sampai ke TUA???!!! 
Ada yang cakap " takkan punyalar..laki kan boleh kahwin 4..x kisah jadi isteri nombor berapa pun..". Tapi cuba anda fikir (dengan waras) dengan nisbah 37:1 tu, jika semua lelaki kahwin 4 SEKALIPUN.. masih ada ramai lagi yang ANDARTU tau..??!! 

So,mari kita lupakan seketika istilah "PERIGI MENCARI TIMBA.." tu.. Di sini saya ada sediakan, TIPS-tips MemiKat LelaKI.. Enjoy.. hehe :
1. Berpewatakan menarik.. Ini penting kerana perwatakan andalah yang pertama sekali akan dapat dipandang oleh lelaki tersebut.
2. Cara permakaian..jangan terlalu menonjol sampai sekali imbas orang dah tahu itu pasti anda..hehehe, Berpakaianlah yang selesa di badan anda, kerana secantik mana pun baju itu tapi jika anda tidak selesa,pasti mempengaruhi perwatakan anda.
3. Mempunyai tingkah laku yang elok.. Janganlah anda menjerit dar tingkat 2 kolej memangil2 kawan anda di bawah.. Jika lelaki tersebut nampak macam mana..?? Confirm dia awal2 lagi 'blacklist' anda..hehe.
4. Senyum dan jangan sombong.. Takkan nak pikat dia dengan wajah 'muka ketat' anda tu..kan? 
5. Ketika berinteraksi, jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang dapat mengalih pandangan mereka kepada anda.. Jangan lebih2 gatal nak pergi peluk dia @ nak pegang tangan dia.. nanti x pasal2 anda di cop 'perempuan bekas orang'..
6. Apabila berhadapan dengan mereka, biasakan diri menatap mata mereka semasa mereka berbicara. Dari mata jatuh ke hati kan..hehehe.
7. Selitkan sikap humor yang kamu ada..Ini bagi memeriahkan dan menjadikan keadaan ketika itu lebih sanatai agar dia juga selesa dan segala rancangan anda berjalan lancar...
8. Jangan terlalu jual mahal.. Memang benar, jika perempuan itu jual mahal,perempuan itu akan lebih ramai peminat.. siapa x suka barang mahal kan..??hehehe. Tapi jika anda yang ingin pikat dia, longgarkan sediti sahaja mahal anda tu.. kira bagi diskaun 20% lar..hehe.
9. Bijak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.. Lelaki memang lebih tertarik dengan perempuan yang bijak menguasai keadaan sekeliling.. jangan anda jadi gila excited pulak bila dia bawak ke KFC..hehe
10. Jangan suka bandingkan dia dengan mana2 lelaki yang kamu kenali... Ego lelaki terlalu kuat..!! 
11. Menghormati dirinya, keluarganya dan teman2 nya... Jangan sesekali mengutuk atau memerli kawan, keluarganya dan tentu sekali dirinya.. Bagi lelaki, 3 golongan itulah hidup mereka sebelum anda muncul..
12. Menjadi teman semasa dia susah dan senang... Sekali anda buat perangai yang mata duitan @ beri banyak alasan ketika dia minta tolong.. lupakan sahaja niat anda untuk memilikinya..hehe.
13. Jangan terlalu excited ketika berjumpa dengannya... Kawal dirimu..!! jangan dia buat andaian anda tergila2kan anda.. hehe.
14. Bersikap keibuan adalah tips yang perlu ada pada kamu... Lelaki akan tertarik jika anda mempunyai sifat keibuan seperti sayangkan baby kecil.. tahu menguruskan kerja2 rumah.. sejuk hati lelaki tu mendengarnya..hehe.
15. Bersikap matang dalam tingkah laku... tak salah jika anda mahu menunjukkan kemanjaan padanya, tapi biarlah setelah dia anda miliki.. itu lebih baik.. 
16. Aset penting yang akan mencairkan lelaki ialah mata, punggung dan gaya langkah anda... Jika anda ada kawan lelaki yang sanggup jujur dengan anda, pasti mereka akan mengiyakan statement ini..hehe. Jangan mengoda! buka itu maksud saya.. kerana dengan menggoda,ada kemungkinan dia akan memilih anda atas dasar anda SEKSI semata2. 
17. Lelaki tidak suka wanita yang pengotor atau tidak jaga kebersihan... ini kerana secara lumrahnya wanita lebih bersifat bersih berbanding lelaki.. so, jangan ada bau petai or baju bawah ketiak yang basah yer... eee..!
18. Lelaki sukakan wanita yang cerdik... tapi jangan terlalu menunjuk2 @ memperkecilkan ilmu lelaki tersebut.. pasti dia malas nak jumpa anda lagi..
19. Ambil berat dengan bertanya khabarnya dua hari sekali dan ingat tarikh penting baginya seperti tarikh lahir... kerana kebanyakkan lelaki tidak ramai yang akan memngingati tarikh2 seperti tarikh lahir gf sendir.. ( kadang2 bila facebook keluarkan iklan harijadi gf nya baru dia ingat..hehehe)
20. Ucapkan tahniah atas kejayaannya dan berada bersamanya ketika dia kedukaan... Be the first one..! 

p/s: Last but not least.. "Jangan terlalu menunjukkan yang kamu nie terlalu baik n perfect..."

0 comments:

Post a Comment